Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau lebih dikenali dengan SKPMg2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010. Beberapa penambahbaikan dan peningkatan kualiti telah dilakukan melalui aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.
Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.
Aspek pertama ialah Aspek 3.1.1 Ketetapan pelaksanaan Kurikulum
Bagi aspek ini, antara evidens yang diperlukan ialah dokumen ketetapan kurikulum dan Carta Organisasi Kurikulum secara menyeluruh. Dokumen ketetapan kurikulum ini merupakan satu bentuk dokumen yang merancang kurikulum sekolah. Semua jadual dan perancangan aktiviti berkaitan kurikulum boleh diletakkan di sini termasuk dengan bajet dan anggaran perbelanjaan setiap panitia mata pelajaran. Target UPSR dan LINUS dan apa sahaja berkaitan kurikulum juga boleh diletakkan di sini. Bagi sekolah menengah pula, pastinya target untuk PT3 dan SPM boleh diletakkan dalam dokumen tersebut. Senarai nama guru mata pelajaran juga boleh diletakaan di dalam dokumen ini.
Bagi standard 3.2 pengurusan kokurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan aspek aspek dalam standard 3.2 pengurusan kokurikulum.
Antara aspek yang terdapat dalam pengurusan kokurikulum ini adalah seperti 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum, Aspek 3.2.2 Pengurusan Kelab Persatuan, Aspek 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform, Aspek 3.2.4 Pengurusan Sukan Permainan, Aspek 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum, Aspek 3.2.6 Pengurusan Sukan untuk Semua dan Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum.
Berikut merupakan evidens evidens lengkap skpmg2 bagi beberapa standard iaitu Standard 3 dan Standard 4.
Evidens 3.1 Pengurusan Kurikulum
Evidens 3.2 Pengurusan Kokurikulum
Evidens 3.3 Pengurusan hal Ehwal Murid
Evidens Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]