PELAN TAKTIKAL PROGRAM UPSR
Antara salah satu bidang utama dalam pencapaian sekolah adalah pencapaian murid sekolah dalam peperiksaan UPSR.
Setiap kali keputusan hendak diumumkan, selain murid yang berdebar, guru besar dan guru tahun 6 juga turut merasai debaran itu.
Mana taknya, pencapaian guru di sekolah pun sedikit sebanyak diukur melalui pencapaian murid dalam UPSR sama ada mencapai KPI atau tak.
Selain itu, pencapaian murid dalam UPSR juga diukur melalui peratusan menguasai (lulus), cemerlang (6A) dan gred purata sekolah.
Kebiasaannya, pihak PPD akan menyusun sekolah berdasarkan ranking GPS sekolah masing-masing.
Sekolah yang cemerlang pula biasanya akan menjadi tempat di mana keputusan UPSR peringkat daerah diumumkan dan diagihkan kepada sekolah.
Oleh itu, jawatankuasa sekolah yang biasanya diketuai oleh GPK Kurikulum biasanya akan merancang dan melaksanakan beberapa program bertujuan meningkatkan pencapaian murid sehingga keluarnya keputusan UPSR.
Terdapat pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah terutamanya yang sering menjadi tumpuan adalah kelas tambahan pada waktu petang dan malam dan juga di hujung minggu.
Namun begitu, terdapat pelbagai lagi program yang boleh dilaksanakan sekolah bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR sama ada program berbentuk akademik ataupun dalaman motivasi murid.
Berikut merupakan pelan taktikal program upsr yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Pelan Strategik Taktikal Akademik UPSR 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]