Soalan Percubaan PT3 Matematik Selangor 2016
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
Antara contoh soalan adalah seperti
Berat sebuah bakul kosong ialah 2 kg. Apabila 7 biji betik yang bersaiz sama diisi ke dalam bakul itu, beratnya ialah 12.5 kg. Hitung purata jisim, dalam g, bagi setiap biji betik itu.The mass of an empty basket is 2 kg. When 7 papayas of equal size are placed in the basket, the mass is 12.5 kg. Calculate the average mass, in g, of each papaya
Rajah 4(c) (i)menunjukkan carta pai yang tidak lengkap bagi bilangan telur yang dijual dalam tempoh empat hari. Bilangan telur yang dijual pada hari isnin ialah 2 000 biji dan 4 000 biji pada hari khamis.
Diagram 4(c) shows an incomplete pie chart of the number of eggs sold in four days. The number of eggs sold on Monday is 2 000 and 4 000 on Thursday.
Berikut merupakan Soalan Percubaan PT3 Matematik Selangor 2016
Trial matematik PT3 selangor 2016
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com