Ujian Akhir Tahun Geografi Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Kompas digunakan untuk menentukan _______________ Bearing sudutan dapat ditentukan dengan menggunakan _________ _________ ialah negeri terkecil di Malaysia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah ___________ ________________ merujuk kepada kawasan ketinggian melebihi 180 meter dari aras laut ____________________ menjadi sempadan antara negeri Selangor dan Perak.
Banjaran yang merupakan ‘ tulang belakang’ Semenanjung Malaysia ialah ___________ Sistem fizikal bumi dibahagikan kepada 4 iaitu Litosfera, Hidrosfera, Biosfera dan __________ Kawasan tanah tinggi mempunyai pemandangan yang menarik dan suhu yang nyaman sangat sesuai untuk ______. ____________ ialah daratan yang dikelilingi oleh laut.
Berdasarkan peta di atas, kombinasi yang manakah benar mengenai jenis hutan dan tanih pada kawasan yang berlorek dalam peta? Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada kegiatan manusia seperti dalam rajah di atas?
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Geografi Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun Geo Tingkatan 1 KSSM
Ujian Geo KSSM Tingkatan 1 Cth 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]