Ujian Mac Bahasa Melayu Tingkatan 5
Peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Di Malaysia, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menghadapi peperiksaan bagi peringkat-peringkat yang berbeza seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, dan sebagainya.
Kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Selain itu, peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha- usaha memupuk budaya warisan negara kita. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Usaha menyuburkan budaya warisan dapat dilaksanakan dengan mengadakan sambutan hari perayaan pelbagai kaum. Selain itu, rasa cinta akan budaya warisan perlu dipupuk dalam kalangan pelajar sekolah. Langkah mempromosikan budaya warisan di dalam dan di luar negara perlu dipergiat. Pakar dalam pelbagai budaya warisan hendakah diberikan ruang untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan atau mendedahkan cara menghasilkan sesuatu karya warisan. Akhirnya, ceramah tentang kepentingan mengekalkan budaya warisan wajar disampaikan kepada orang ramai.
Berikut merupakan ujian mac bahasa melayu tingkatan 5
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]