Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan HEM
Mesyuarat merupakan satu prosedur pentadbiran yang wajib dilakukan oleh setiap pengurusan sekolah. Selain itu, bermula tahun 2018, pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017 akan diaudit melalui skpmg2 oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Terdapat beberapa sebab dan alasan kenapa mesyuarat dan minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea,
Mesyuarat juga bertujuan memastikan mesyuarat berfokus dan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.
Semasa mengambil nota mesyuarat, Setiausaha hendaklah mula mencatat minit apabila Pengerusi mengisytiharkan mesyuarat dimulakan dengan rasmi, menulis nama, tarikh, tempat, waktu mula dan tamat mesyuarat serta tarikh mesyuarat akan datang, mencatat minit dengan tepat, padat dan ringkas menggunakan rangka catatan minit, fokus perkara yang dibincangkan dan ketepikan gangguan lain, mendengar dengan teliti setiap percakapan berkaitan perkara dibincangkan dan terus bertanya jika tidak faham dan merujuk atau mengguna pakai pandangan pengerusi jika keliru atau tidak pasti tentang sesuatu keputusan.
Berikut merupakan koleksi minit mesyuarat bagi pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan hem
Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah
Koleksi Minit Mesyuarat Kokurikulum Sekolah
Koleksi Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah
Semoga bermanfaat kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]