Bahan Keperluan Guru Malaysia Edisi April 2018
Sudah 3 bulan berlalu memasuki tahun 2018 ini. Pastinya guru-guru semua sedang berusaha untuk menyediakan pelbagai bahan bahan yang akan digunakan menjelang pertengahan tahun 2018 ini.
Antara bahan tersebut pastinya dokumen standard prestasi dan pentaksiran dskp yang akan menggantikan huraian sukatan pelajaran. Pada peringkat sekolah rendah, dskp telah digunakan sepenuhnya dari tahun 1 hingga tahun 6 manakala bagi sekolah menengah yang menggunakan kbsm akan digantikan secara berperingkat dengan kssm. Pada tahun 2018, tingkatan 1 dan tingkatan 2 akan menggunakan dskp daripada kssm.
Bahan yang juga penting pada guru adalah rancangan pengajaran tahunan rpt yang dijadikan panduan dan rujukan kepada guru untuk mengajar sesuatu kandungan pembelajaran pada sepanjang tahun tersebut.
RPH juga merupakan salah satu persediaan mengajar yang penting kepada guru. RPH ini sangat penting kerana persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru, membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan diajar sebelum mengajar. Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan dapat dijangka dan keputusan dapat dibuat untuk mengatasinya. Perancangan spesifik juga boleh dibuat untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan memotivasikan pelajar.
Antara bahan yang telah dikongsikan yang berkaitan dengan persediaan guru dalam pdpc adalah seperti Rancangan Pengajaran Tahunan RPT, Dokumen Standard Kurikulum Prestasi DSKP, Huraian Sukatan Pelajaran (Sekolah Menengah), Rancangan Pengajaran Harian RPH, Bahan CEFR untuk Bahasa Inggeris, dan Tapak Pelaporan Bilik Darjah yang terkini. Bahan bahan ini sentiasa digunakan oleh guru sepanjang tahun. Berikut merupakan koleksi bahan bahan tersebut.
Koleksi RPT Sekolah Menengah 2018
Koleksi DSKP Tahun 1 hingga Tahun 6 2018
Koleksi DSKP dan HSP Sekolah Menengah 2018
Koleksi RPH Sekolah Rendah KSSR 2018
Koleksi Bahan CEFR Sekolah Rendah
Koleksi Pelaporan dan Pelaporan Bilik Darjah KSSR dari Tahun 1 hingga Tahun 6 2018
Menguruskan panitia mata pelajaran juga merupakan salah satu perkara yang penting bagi guru. Berikut merupakan bahan berkaitan panitia yang boleh digunakan oleh guru. Antara bahan adalah seperti bahan lengkap yang mahu dimuatkan di dalam Fail Panitia mengikut senarai semak yang telah ditetapkan dan juga perancangan aktiviti tahunan panitia mata pelajaran yang boleh dijadikan panduan oleh guru.
Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran
Setiap guru juga pasti terlibat dengan kokurikulum sama ada sebagai jurulatih ataupun sebagai guru penasihat kokurikulum. Berikut merupakan bahan berkaitan kokurikulum. Antara bahannya adalah seperti rancangan aktiviti tahunan kelab persatuan, panduan modul latihan sukan permainan seperti bola sepak dan olahraga dan juga bahan lengkap yang boleh dimuatkan dalam Fail Kokurikulum Unit Beruniform, Sukan Permainan dan Kelab Persatuan.
Rancangan Aktiviti Tahunan Kelab dan Persatuan
Koleksi Modul latihan Sukan Permainan Kokurikulum
Bahan Lengkap Fail Guru Penasihat GERKO
Bagi guru yang mengajar UPSR pada tahun 2018 ini, pastinya pelbagai bahan diperlukan untuk memberikan sebanyak mana input kepada murid menjelang bermulanya UPSR 2018 pada bulan september nanti. Berikut merupakan bahan persediaan UPSR 2018 untuk keenam enam kertas peperiksaan.
Bahan persediaan UPSR 2018 6 kertas peperiksaan
Seiring dengan gelombang baru sistem pendidikan Malaysia, para guru juga perlu menyediakan evidens yang lengkap berdasarkan Skpmg2 mengikut tugasan dan tanggungjawab guru di sekolah. Setiap evidens diperlukan untuk menyokong apa yang telah guru buat dan usahakan di sekolah. Berikut merupakan panduan dan contoh evidens lengkap skpmg2.
Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
Semoga bermanfaat kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]