Ujian Akhir Tahun Bahasa Melayu Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Deretan kedai-kedai di Jalan Taming Sari telah terbakar pada petang semalam akibat litar pintas. Ibu membeli beberapa bentuk mutiara untuk dibuat rantai tangan.
Pilih satu daripada soalan dibawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
Tulis laporan anda selengkapnya. Badan Pegawas Sekolah anda telah ditugaskan untuk mengendalikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Selaku setiausaha, anda dikehendaki menulis laporan tersebut. Sesetengah rakyat Malaysia didapati menghidap obesiti serta pelbagai penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang. Bincangkan langkah-langkah mengatasi masalah ini dikalangan rakyat Malaysia.
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Bahasa Melayu Tingkatan 1 KSSM
kertas ujian bahasa melayu tingkatan 1 kssm
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]