Ujian Akhir Tahun Matematik Tahun 1 Kertas 1 KSSR Semakan 2017
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Perkongsian ini melibatkan soalan peperiksaan akhir tahun matematik tahun 1.
Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B, dan C. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Ada 100 biji buah di dalam sebuah bakul. Bilangan buah rambutan adalah 50 biji. Selebihnya adalah buah manggis. Berapakah bilangan buah manggis?
Ada 5 biji guli di dalam sebuah cawan. Berapakah guli yang perlu ditambah supaya menjadi 10 biji? Aaron ada RM10 dan Lisa ada RM5 seperti gambar di bawah. Berapakah jumlah wang mereka
Hari ini hari Sabtu. Esok, Radzi akan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur. Bilakah Radzi akan pulang ke rumahnya? Azman makan 1 bahagian daripada pizza di bawah. Berapakah pecahan pizza yang Azman makan?
Berikut merupakan contoh soalan Ujian Akhir Tahun Matematik Tahun 1 Kertas 1 KSSR Semakan 2017
UAT Matematik Tahun 1 KSSR Semakan 2017
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com