Ujian Akhir Tahun Matematik Tahun 1 Kertas 2 KSSR Semakan 2017
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Perkongsian ini melibatkan soalan peperiksaan akhir tahun matematik tahun 1.
Kertas soalan ini mengandungi 15 soalan. Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis dengan jelas dalam ruangan yang disediakan dalam kertas soalan. Tunjukkan langkah-langkah penting. Ini boleh membantu anda untuk mendapatkan markah.
Rajah di bawah ialah piktograf yang menunjukkan makanan kegemaran bagi sekumpulan murid. Berapakah bilangan murid yang gemar makan mi goreng? Berapakah jumlah murid dalam kumpulan itu?
Isi padu sekotak jus oren bersamaan dengan isi padu 4 biji gelas jus oren. Tandakan (√) pada kotak berikut. Berapakah isi padu sekotak jus oren? Berapakah isi padu 2 biji gelas jus oren berbanding sekotak jus? Adakah isipadu sekotak jus oren dan 4 biji gelas jus oren sama banyak?
Rajah menunjukkan dua haiwan yang mempunyai jisim yang berbeza. Tuliskan “berat” atau “ringan” pada pernyataan berikut.
Berikut merupakan contoh soalan Ujian Akhir Tahun Matematik Tahun 1 Kertas 2 KSSR Semakan 2017
Ujian Akhir Tahun Matematik Tahun 1 KSSR Semakan Kertas 2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com