Ujian Akhir Tahun Pendidikan Kesihatan Tahun 1 KSSR Semakan
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka.
Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Perkongsian ini melibatkan soalan peperiksaan akhir tahun bahasa melayu tahun 1 semakan 2017.
Antara contoh soalan kertas ujian ini
Jantung mengepam darah ke seluruh badan menerusi ______________Kita harus sentiasa ________________ untuk menguatkan jantung. Kedudukan jantung adalah lebih ke sebelah ______________ badan. _________________ melindungi paru-paru. Merokok boleh merosakkan ______ kita.
Kita mesti mematuhi ……………………… permainan. Pastikan ……………….sukan dan permainan dalam keadaan baik sebelum menggunakannya. Kita harus memakai …………………. yang sesuai mengikut jenis permainan. Semasa melakukan aktiviti sukan dan permainan, kita perlu mendengar ……………..guru. Jangan lakukan aktiviti di …………………. Ketika hujan lebat dan petir. Kita harus sentiasa memakai………………….. yang sesuai dengan tempat aktiviti.
Berikut merupakan kertas contoh Ujian Akhir Tahun Pendidikan Kesihatan Tahun 1 KSSR Semakan
Ujian Akhir Tahun Pend Kesihatan Tahun 1 KSSR Semakan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]