Ujian Akhir Tahun Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR Semakan
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka.
Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Perkongsian ini melibatkan soalan peperiksaan akhir tahun bahasa melayu tahun 1 semakan 2017.
Antara contoh soalan kertas ujian ini
Amalan _______ boleh mengeratkan persahabatan. Anak yang baik sentiasa _____ ibu bapanya. Orang akan suka kepada kita, kalau kita sentiasa _____________ . Sebagai anak, kita hendaklah __________ ibu bapa di rumah. Apabila membuat salah, kita hendaklah ____________ . Setiap murid mesti ________peraturan sekolah. Kita hendaklah ____________ gigi sebelum tidur. Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, kita mestilah_____ belajar. Kita haruslah ___________ anugerah ciptaan Tuhan.
Sebagai seorang ketua kebersihan, seorang kawan kamu selalu tidak menjalankan tugas membersihkan kelas. Kamu akan bersikap adil dengan
Berikut merupakan kertas contoh Ujian Akhir Tahun Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR Semakan
Ujian Akhir Tahun Pend Moral Tahun 1 KSSR Semakan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]