Ujian Pertengahan Penggal 2 Bahasa Melayu Tingkatan 1 KSSM
Bermula tahun 2017, kurikulum sekolah menengah Tingkatan 1 mula digantikan dengan KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KSSM ini bermula dengan murid tahun 1 yang bermula dengan KSSR pada tahun 2011. Proses ini merupakan satu proses transformasi kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Proses transformasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah menengah sehingga tahun 2021 iaitu di tingkatan 5.
Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik.
Antara contoh soalan pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Beberapa orang pengawas akan dilantik menjadi fasilator semasa Kem Jelajah Hutan Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh sekolah. Setiap hari, Mak Limah akan menyediakan seribu cucok sate untuk dijual di gerainya. Amalan Rukun Tetangga di sesebuah kawasan perumahan dapat mewujudkan kesatuan dan pemuafakatan dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut.
Berikut merupakan koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Bahasa melayu tingkatan 1 KSSM.
Ujian Ogos Bahasa Melayu Tingkatan 1 KSSM
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Lima Bali
Selamat petang. saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perkongsian bahan p&p ini. Moga usaha kalian akan terus diberkati.