Ujian Pertengahan Penggal 2 Geografi Tingkatan 1 KSSM
Bermula tahun 2017, kurikulum sekolah menengah Tingkatan 1 mula digantikan dengan KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KSSM ini bermula dengan murid tahun 1 yang bermula dengan KSSR pada tahun 2011. Proses ini merupakan satu proses transformasi kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Proses transformasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah menengah sehingga tahun 2021 iaitu di tingkatan 5.
Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik.
Antara contoh soalan pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Sebuah masjid terletak ke arah utara sebuah sekolah. Pasar pula terletak ke timur masjid manakala padang terletak ke barat sekolah. Sekolah terletak ke arah __________ padang (gunakan padang sebagai titik rujukan).
Anda tersesat di hutan semasa matahari hampir terbenam. Anda tidak memiliki kompas. Anda tahu bahawa kawasan khemah anda terletak di kawasan selatan hutan ini. Bagaimanakah anda akan kembali ke kawasan khemah anda
Berikut merupakan koleksi ujian pertengahan penggal 2 geografi tingkatan 1 kssm
Ujian Ogos Geo Tingkatan 1 Cth 2
Ujian Ogos Geo Tingkatan 1 KSSM Cth 3
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]