Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Pulau Pinang 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Antara soalan-soalan yang sangat popular sebelum bermulanya UPSR adalah soalan percubaan UPSR dari pelbagai negeri. Dan semestinya soalan dari negeri Terengganu dan Kelantan merupakan soalan yang sangat popular. Boleh dikatakan soalan dari Terengganu dan Kelantan ini merupakan soalan yang wajib dijawab oleh semua murid di Malaysia sebelum tibanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang sebenar yang bermula pada September nanti.
Apa nak jadi dengan kamu ni, Kamal. Sekarang sudah bulan Julai, kamu langsung tak ubah sikap. Pelajaran kamu makin merosot,” leter Cikgu Yusuf.
Aku hanya mampu menahan air mata. Wajah ibu yang dimamah usia terus terbayang di mataku. Belakangan ini, sakit ibu makin menjadi-jadi. Akulah tempat ibu bergantung sejak ayah pergi selama-lamanya sedekad yang lalu.
“ Kamal, cikgu memarahi kamu kerana cikgu sayang akan kamu. Cikgu nak lihat kamu menjadi insan yang cemerlang. Setiap manusia ada cerita, ada sejarah dan peristiwa. Kita harus hadapinya dengan tabah. Yang penting hidup harus diteruskan,” nasihat Cikgu Yusuf.
Nasihat Cikgu Yusuf satu persatu menusuk kalbuku. Aku harus berusaha demi ibu, demi masa depanku. Aku harus berjaya dalam UPSR. Minatku dalam bidang perubatan harus menjadi kenyataan.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Berikut merupakan soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Pulau Pinang 2018
Trial UPSR BM Pemahaman 2018 Penang
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com