Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan Pulau Pinang 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman permainan. Tulis ulasan tentang keselamatan di taman permainan dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawaban kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. Soalan 1 Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Tulis pengalaman kamu menyertai aktiviti tersebut.
Selaku pengarang majalah sekolah, kamu dikehendaki menemu ramah seorang tokoh sukan sekolah kamu. Tulis temu ramah kamu selengkapnya.
Berikut merupakan soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan Pulau Pinang 2018
Bm Penulisan Trial 2018 Penang
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com