Divider RPH Cuti Pertengahan Tahun 2018
Bahan yang penting juga kepada guru adalah penyediaan buku ataupun fail rekod pengajaran harian atau fail rekod persediaan mengajar. Rekod ini perlu disimpan oleh pihak sekolah selama sekurang kurangnya 3 tahun.
Bagi pentadbiran pihak sekolah, masih banyak sekolah yang tidak membenarkan para guru untuk menggunakan fail untuk menyimpan rekod pengajaran harian. Jika adapun guru bertaip komputer dalam menyediakan rph, rph tersebut perlu dicetak dan digunting kemudian ditampal ke dalam buku rph. Sepatutnya pihak sekolah perlu menimbangkan cara untuk menyenangkan, memudahkan dan membantu guru dalam menyediakan dan membua kerja atau tugasan dengan lebih kemas.
Sekarang dengan perkembangan teknologi maklumat di mana terdapat JPN yang telah menggunakan sistem e-rph, namun masih ada sekolah yang menetapkan guru perlu menggunakan buku lagi
Bagi pentadbiran yang membenarkan guru menggunakan fail untuk menyimpan rekod RPH, bahan yang terpenting bagi guru adalah maklumat maklumat ataupun divider pembahagi yang perlu diletakkan dalam fail rph tersebut.
Terdapat pelbagai maklumat penting yang perlu diletakkan dalam fail tersebut seperti maklumat guru, jadual waktu mengajar, catatan, falsafah pendidikan kebangsaan, standard 4 pdpc, dskp, pekeliling berkaitan dan pelbagai lagi.
Bagi tahun 2018 ini, pertengahan tahun sahaja mengandungi 3 perayaan tidak termasuk hari wesak iaitu cuti perayaan aidilfitri, cuti gawai di sarawak, dan cuti tadau kaamatan di Sabah. Bagi persekolahan di Sarawak, bercuti bermula sebelum wesak sehinggalah cuti perayaan aidilfitri dan cuti pertengahan tahun iaitu kira kira hampir sebulan.
Bagi cuti pertengahan tahun, untuk negeri Sarawak bermula 26 Mei 2018 hingga 24 Jun 2018. Bagi negeri kumpulan A bermula 8 Jun 2018 hingga 23 Jun 2018 manakala negeri kumpulan B bermula 9 Jun 2018 hingga 24 Jun 2018.
Berikut merupakan divider rph cuti pertengahan tahun 2018 cuti persekolahan.
Divider RPH Cuti pertengahan tahun 2018
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]