Jadual Waktu PT3 2018
Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh PT3 2018.
Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaansebelum pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
Calon dikenakan bayaran RM30.00 bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa. Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
Bagi tahun 2018 ini, Ujian bertulis bermula pada Isnin 8 Oktober 2018 dengan permulaan Kertas Bahasa Melayu dan berakhir pada Khamis 11 Oktober 2018 dengan kertas Usul Al-Din bagi mereka yang mengambilnya.
Untuk ujian Lisan pula, bermula 1 April 2018 hingga 30 April 2018.
Berikut merupakan jadual waktu PT3 dan Jadual kertas Pt3.
Jadual waktu pt3 2018 calon biasa
Jadual kerja ujian Pt3 bertulis dengan pindaan
Semoga berjaya diucapkan kepada calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]