Koleksi Ujian Pertengahan Tahun 2018 Tahun 1 hingga Tahun 6 KSSR
Ujian Pertengahan Tahun 2018 akan berlangsung tidak lama lagi. Kebiasaanya ujian pertengahan tahun akan diadakan pada bulan Mei pada setiap tahun. Hampir semua sekolah di Malaysia ini akan melaksanakan ujian pertengahan tahun di sekolah masing-masing.
Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peringkat rendah UPSR diadakan manakala di peringkat menengah PT3 dan SPM dilaksanakan.
Untuk tahun 2018 ini, ujian pertengahan tahun sama ada di sekolah rendah atau menengah akan diadakan seawal 6 dan 7 Mei bergantung kepada pengurusan sekolah dan arahan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Terdapat pengurusan sekolah yang melaksanakan peperiksaan ini di minggu pertama bulan Mei kerana mahu mengadakan Majlis Apresiasi Murid dan Pelajar yang telah mencapai markah yang baik dalam peperiksaan yang lalu.
Tujuan peperiksaan adalah menguji cara pelajar menampilkan bakat dan menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Selain itu, peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar malah menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir.
Ia mengajar pelajar untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan gagal.
Peperiksaan merupakan batu loncatan yang terpenting kepada pelajar kerana peperiksaan memberi pelajar satu pentas yang membolehkan mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka secara baik. Pelajar tidak wajar merugikan peluang keemasan ini dan menggunakannya dengan baik sekali. Hal ini dapat mengharumkan nama negara dan nama mereka sendiri.
Kebaikan peperiksaan yang dikupas adalah peperiksaan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Keburukannya pula adalah peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana terlalu sibuk belajar sahaja.
Berikut merupakan koleksi Ujian Pertengahan Tahun 2018 bagi sekolah rendah untuk KSSR termasuk dengan KSSR semakan 2017 bagi tahun 1 dan tahun 2. Koleksi ujian ini akan dikemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa.
Koleksi Ujian Pertengahan Tahun ( Tahun 1)
Koleksi Ujian Pertengahan Tahun ( Tahun 2)
Koleksi Ujian Pertengahan Tahun ( Tahun 3)
Koleksi Ujian Pertengahan Tahun ( Tahun 4)
Koleksi Ujian Pertengahan Tahun ( Tahun 5)
Koleksi Ujian Pertengahan Tahun ( Tahun 6)
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
winney
soalan Mei 2018 merujuk kepaa soalan tahun2 terdahulu. mananya soalan 2018 mei sebenar?
admin
sudah update cg soalan tahun 2018…dalam masa yg sama ada juga soalan tahun terdahulu….