Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Sarawak Serian 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Seni pertahanan diri merupakan cara seseorang mempertahankan diri dengan menggunakan senjata atau tanpa senjata daripada diserang oleh penjenayah. Tujuan mempelajari seni ini bukan untuk menewaskan musuh, tetapi mempertahankan diri apabila diancam bahaya sebelum tibanya bantuan daripada polis dan orang awam.
Seni pertahanan diri berasal dari medan perang. Setelah penggunaan senjata seperti senapang dan meriam digunakan secara meluas, seni pertahanan diri mula berkembang dalam kalangan orang awam. Seni ini bukan sahaja untuk mengelakkan ancaman daripada jenayah, tetapi juga binatang buas dan liar seperti harimau dan monyet liar.
Antara kelebihan mempelajari seni pertahanan diri adalah dapat mempertahankan diri apabila keselamatan diri tergugat khususnya golongan wanita, meningkatkan keyakinan dan keberanian diri apabila berada dalam situasi genting, mendisiplinkan diri dengan masa dan sebagai satu wadah bersosial apabila mengikuti latihan seni pertahanan diri. Selain itu, seni ini juga dapat menyihatkan tubuh badan agar cergas dan mengurangkan tekanan.
Berikut merupakan soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Sarawak Serian 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]