Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan Selangor 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Antara soalan-soalan yang sangat popular sebelum bermulanya UPSR adalah soalan percubaan UPSR dari pelbagai negeri. Dan semestinya soalan dari negeri Terengganu dan Kelantan merupakan soalan yang sangat popular. Boleh dikatakan soalan dari Terengganu dan Kelantan ini merupakan soalan yang wajib dijawab oleh semua murid di Malaysia sebelum tibanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang sebenar yang bermula pada September nanti.
Soalan dari Terengganu dan Kelantan ini menjadi sangat popular kerana ramai yang beranggapan bahawa soalan dari Terengganu dan kelantan ini merupakan soalan yang sangat berkualiti kerana ramai penggubal soalan upsr Malaysia merupakan guru pakar dan guru cemerlang dari dua negeri ini.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Gambar di bawah menunjukkan persiapan menyambut Bulan Kemerdekaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang akiviti persiapan menyambut bulan kemerdekaan tersebut.
Gambar dan maklumat menunjukkan poster sayangi alam sekitar. Tulis uasan tentang poster sayangi alam sekitar dalam bentuk perenggan berdasarkan maklumat yang diberikan.
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang beriadah bersama sama keluarga kamu di sebuah tempat menarik. Tulis catatan tentang pengalaman kamu semasa beriadah bersama keluarga.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Berikut merupakan Koleksi Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan Selangor 2018
Trial UPSR 2018 BM Penulisan Selangor
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]