Percubaan UPSR Sains Sarawak Serian 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Penciptaan satelit telah meningkatkan kemajuan pesat teknologi komunikasi. Antara yang berikut manakah dapat membantu Alex untuk mencari maklumat tentang interaksi antara haiwan dengan paling pantas.
Menurut kajian terbaru oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), kemalangan jalan raya di Malaysia ialah 6503 kes pada tahun 2017 dan dijangka meningkat kepada 8,760 kes pada tahun 2018, malah berpotensi mencecah 10,716 kes pada tahun 2019. Ini bermakna sebanyak 27 mangsa kemalangan jalan raya setiap hari pada tahun 2019.
Buah-buahan bermusim hanya dapat dinikmati semasa musim buah-buahan sahaja. Namun dengan adanya teknologi pengawetan makanan menyebabkan buah-buahan bermusim dapat dinikmati semasa bukan musim buah-buahan. Apakah langkah yang perlu dibuat supaya buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun?
Berikut merupakan soalan Percubaan UPSR Sains Sarawak Serian 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]