PRU 14 : Kebenaran cuti sempena Pilihan raya Umum
Pilihan raya kembali lagi. Memandangkan negara kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen, setiap lebih kurang 5 tahun, rakyat Malaysia akan berpeluang untuk mengundi bagi memilih parti yang akan memimpin kerajaan bagi penggal seterusnya. Hanya sarawak sahaja negeri yang rakyatnya mengundi untuk parlimen dan negeri lain akan mengundi untuk parlimen dan dewan undangan negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13.Mengumumkan demikian Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada sidang media, beliau berkata SPR akan menggunakan daftar pemilih Suku Tahun Keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,627 pemilih berdaftar.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya dan menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).
“Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta,” katanya pada sidang media jam 12.15 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Mohd Hashim berkata, writ pilihan raya yang dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus pilihan raya akan menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.
“Sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang merangkumi hampir 29,000 saluran mengundi,” katanya. Memandangkan pilihan raya jatuh pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari rabu, pertengahan minggu, Kementerian Pendidikan melalui menteri sementara mengumumkan bahawa cuti peristiwa khas pada 9 Mei 2018 untuk membolehkan warga pendidik keluar mengundi selain disebabkan sekolah menjadi pusat pembuangan undi dan ramai di kalangan guru yang menjadi petugas pilihan raya.
Berikut merupakan maklumat daripada Dato Seri Mahdzir Khalid.
Bagi sesetengah individu yang bekerja, terutama yang bekerja jauh daripada tempat daftar mengundi, pastinya pilihan raya pada hari rabu merupakan suatu yang sukar untuk pulang jauh ke kampung halaman.
Perkara ini boleh rujuk di atas. Berdasarkan makluman di atas, majikan boleh memberikan tempoh yang munasabah bagi setiap pengundi atau pemilih yang bekerja dengannya untuk mengundi.
Majikan tidak boleh mengenakan kesusahan kepada pengundi dan jika itu berlaku, majikan boleh didenda sebanyak 5 ribu ringgit atau dipenjarakan selama setahun.
Berdasarkan petikan itu, jika pekerja yang jauh contohnya yang berada di seberang laut, boleh memohon cuti untuk pergerakan pulang ke kampung kerana masa perjalanan sangat lama terutamanya bagi mereka yang menaiki 2 kali kapal terbang untuk sampai ke kampung seperti mereka yang dari Kota Kinabalu yang mahu pulang ke Terengganu.
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]