Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 2 Pulau Pinang 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Sebuah album dapat memuatkan 250 keping setem. Jika Aisyah ingin menyimpan kesemua setemnya ke dalam album, berapakah bilangan album yang diperlukannya?
Farhana menjual sebanyak 150 bungkus nasi lemak setiap hari. Setiap hari Ahad dia menjual lebih 30 bungkus daripada hari yang lain. Nyatakan jumlah bilangan nasi lemak yang dijual pada bulan April 2018.
Ariana berada pada koordinat (8, 2) dan Sofea berada pada koordinat (8,7). Tandakan kedudukan Ariana dan Sofea pada satah di atas. Farida bergerak 5 unit mengufuk dan 5 unit mencancang dari kedudukan Ariana. Tandakan koordinat Farida pada satah. Camtum dan namakan bentuk yang terhasil.
Berikut merupakan soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 2 Pulau Pinang 2018
Matematik kertas 2 penang 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com