Soalan Percubaan UPSR Sains Johor Kertas 1 2018
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Bilangan kenderaan semakin bertambah di jalan raya. Seorang pencinta alam sekitar sedang memikirkan cara mengurangkan pencemaran udara akibat pertambahan kenderaan itu. Antara berikut cara yang paling berkesan menyelesaikan masalah tersebut.
Rajah di bawah menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengayuh basikal untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Beliau bergerak dari selatan menuju ke utara semenanjung Malaysia. Perlawanan dijangka akan bermula dalam masa 5 jam lagi.
Seorang ibu menelefon anaknya yang melanjutkan pelajaran di London pada pukul 5 petang. Anaknya Shidela memberitahu bahawa waktu di sana adalah pukul 10 pagi. Mengapakah perbezaan waktu ini berlaku.
Kawasan di tepi pantai adalah kawasan yang selalu dilanda angin kencang. Yang manakah boleh menyelamatkan bangunan di tepi pantai daripada roboh dilanda ribut
Berikut merupakan soalan Percubaan UPSR Sains Johor Kertas 1 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com