Ujian Akhir Tahun Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid. Peperiksaan SPM soalannya kebanyakan digubal daripada Majlis Pengetua ataupun guru guru pakar yang terdapat dalam daerah atau negeri. Sebagai contoh, sekolah berasrama penuh mempunyai penggubal sendiri, mrsm pon begitu dan sekolah agama negeri pon mempunyai penggubal sendiri.
Rajah 2 merupakan struktur keluarga Puan Salmah. Anak-anak beliau sering berselisih faham tentang tugas di rumah. Terangkan faktor yang mempengaruhi peranan ahli keluarga yang perlu dipertimbangkan oleh Puan Salmah bagi mengatasi masalah itu. Selain masalah pengagihan tugas, terangkan masalah yang mungkin berlaku di peringkat perkembangan.
Aiman merupakan seorang remaja berumur 16 tahun. Tenaga harian yang diperlukan oleh Aiman ialah sebanyak 2580 kkal. Jadual 1 menunjukkan makanan yang diambil untuk sajian makan malam Aiman. Banding bezakan keperluan tenaga yang disarankan dengan keperluan tenaga sajian makan malam Aiman
Berikut merupakan Ujian Akhir Tahun Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Kongsikan kepada rakan guru.
UAT Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]