Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 4
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid. Peperiksaan SPM soalannya kebanyakan digubal daripada Majlis Pengetua ataupun guru guru pakar yang terdapat dalam daerah atau negeri. Sebagai contoh, sekolah berasrama penuh mempunyai penggubal sendiri, mrsm pon begitu dan sekolah agama negeri pon mempunyai penggubal sendiri.
Jumlah penduduk sebuah Negara ialah 36.4 juta. 12.5% daripada penduduk itu berumur 18 tahun atau kurang. Hitung bilangan penduduk yang berumur lebih daripada 18 tahun. The total population of a country is 36.4 million. 12.5% of the population are 18 years old or younger. Calculate the number of people who are above 18 years old.
M dan N ialah dua titik pada sebatang tiang bendera tegak. K dan L ialah dua titik pada tanah mengufuk. Sudut dongakan M dari K ialah x° dan sudut tunduk L dari M ialah y°. Rajah manakah mewakili situasi itu? M and N are two points on a vertical flag pole. K and L are two points on horizontal ground. The angle of elevation of M from K is x° and the angle of depression of L from M is y°. Which diagram represents the situation?
Berikut merupakan Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 4. Kongsikan kepada rakan guru.
Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 4 K1
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]