Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 Matematik Kedah 2018
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
Mahupun begitu, PT3 juga masih memerlukan murid menjawab soalan dalam bentuk bertulis.
Rajah menunjukkan pelan dewam sebuah sekolah dengan skala 1 :200. Pihak sekolah memperuntukkan RM 4000 bagi kos memasang permaidani di dewan tersebut. Jika harga permaidani itu RM 30 per meter persegi, adakah wang mereka mencukupi? Berikan alasan anda.
Rajah menunjukkan sebuah tangga yang boleh dilaraskan, disandarkan pada dinding supaya mencapai ketinggina 5m. Tangga itu membentuk 52 dengan tanah mengufuk. Kemudian, tangga itu dipanjangkan dua kali daripada panjang asalnya tanpa menggerakkan kaki tangga. Berapakah ketinggian tangga itu selepas dipanjangkan?
Berikut merupakan soalan Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 Matematik Kedah 2018
Soalan Percubaan Matematik Pt3 Kedah 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com