Percubaan SPM Bahasa Melayu Negeri Sembilan 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis permainan tradisional dan usaha usaha mempopularkannya. Huraikan pendapat anda tentang usaha usaha mempopularkan permainan tradisional. Antara usaha seperti menjadikan permainan tradisional sebahagian daripada aktiviti kokurikulum, menganjurkan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan menyediakan kemudahan permainan.
Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. Peribahasa tersebut menunjukkan peri pentingnya amalan bermuafakat dalam kehidupan. Terangkan amalan bermuafakat dalam kehidupan manusia.
Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memastikan anak anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan. Ulaskan pernyataan tersebut.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Negeri Sembilan 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]