Percubaan SPM Bahasa Melayu Pulau Pinang 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan..
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja pada masa ini. Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Gejala rasuah dalam kalangan masyarakat perlu dibanteras supaya imej negara tidak terjejas. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini. Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara telah menyebabkan berlakunya krisis pelarian yang semakin serius.
Ulaskan kesan-kesan yang timbul akibat daripada krisis tersebut. Peribahasa Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitbermaksud sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga. Tuliskan sebuah cerpen berdasarkan peribahasa di atas.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Pulau Pinang 2018
Trial SPM Pulau Pinang Bahasa Melayu K1 K2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]