Format Penulisan Esei Sejarah SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Imperalis Barat di Asia Tenggara yang mendorong kuasa Barat melaksanakan imperalisme di Asia Tenggara, Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melaksanakan Imperalisme di Asia Tenggara.
Faktor imperalisme barat disebabkan oleh kekayaan bahan mentah di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Permintaan bahan mentah yang tinggi seperti bijih timah, kayu kayan, rempah dan sebagainya menyebabkan Negara barat sanggup datang dan menjajah Negara Asia Tenggara. Misalnya, penjajahan Filipina oleh Sepanyol disebabkan oleh permintaan sumber utama seperti tebu.
Selain itu, perkembangan sistem pengankutan dan perhubungan turut menjadi faktor kedatangan barat ke Asia Tenggara. Pengenalan kapal yang menggunakan enjin berkuasa wap telah mempercepatkan perjalanan antara barat dan timur. Manakala pembukaan Terusan Suez turut membantu memendekkan tempoh masa perjalanan dan menjanjikan perjalanan yang selamat dan selesa.
Berikut merupakan Format Penulisan Esei Sejarah SPM
Format Penulisan Sejarah SPM ESEI
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]