Nota Pecutan Akhir Sejarah
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah:
- Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana)
- Baginda digelar al amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong.
- Terkenal sebagai seorang yang amanah – mendapat kepercayaan Khadijah bt Khualid – serahkan modal besar untuk diperniagakan.
- Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa – contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy.
- Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia –ctnya sering membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
- Mengamalkan cara hidup sederhana
- Sentiasa merendah diri – ctnya dalam pergaualan tidak pandang kedudukan
- Penyayang – sayangkan orang tua dan kanak-kanak.
- Bersifat pemaaf – cthnya waktu pembukaan kota Mekah 630m- orang arab yang serah diri diampun dan dibebaskan.
- Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah-cthnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628m.Kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam.
- Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah – contohnya mengasingkan diri di gua Hirak.
Berikut merupakan Nota Pecutan Akhir Sejarah SPM.
Nota Pecutan Akhir SPM Sejarah
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]