Percubaan SPM Perakaunan Kedah 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Lawa bagi bulan berakhir 31 Mei 2018 menunjukkan baki overdraf RM738. Baki ini berbeza dengan Buku Tunai yang berbaki debit RM54 pada tarikh yang sama. Selepas membuat perbandingan antara kedua-dua Penyata Bank dan Buku Tunai, didapati bahawa :
Cek bernombor 100832 bernilai RM2 321 yang diterima daripada Kedai Haris belum dikreditkan. Cek bernombor 421357 yang telah dibayar kepada Pembekal Mamat bernilai RM1 150 belum dikemukakan. Perniagaan Jazlina telah membuat bayaran melalui pindahan kredit ke Akaun Semasa Perniagaan Lawa sebanyak RM435. Caj perkhidmatan bank berjumlah RM40. Cek yang diterima daripada Danial Enterprise bernilai RM634 telah dikembalikan dengan nota ” rujuk penyuruh bayar”. Didapati belian dengan cek benilai RM638 telah dicatat sebagai RM683 dalam Buku Tunai. Faedah atas overdraf ialah RM38.
Berikut merupakan Percubaan SPM Perakaunan Kedah 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]