Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Berikut merupakan Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM
Soalan kebiasaan Kertas 1 : Bahagian A (Aneka Pilihan & Isi Tempat Kosong)
- Maksud istilah
- Pembahagian / jenis istilah (syirik, kufur, syiah, tawaf, insurans, mahar, talak, sumber kewangan Umm/Abb.
- Ciri ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Khawarij, Qadiani, Bahai, Taslim.
- Rukun Bab ibadat : Haji, sembelihan, korban, akikah, jual beli, sewaan, gadaian, perkahwinan dll.
- Syarat sah bidang ibadat (haji, sembelihan, korban, akikah, jual beli, sewaan, gadaian, perkahwinan dll)
- Konsep istilah perkahwinan (talak, fasakh, khuluk, iddah, nusyuz, poligami, zihar, lian hdhanah)
- Jumlah rotan kepada qazaf, minum arak dan penzina ghairu muhsan.
- Biodata ringkas, nama gelaran, dan nama karya tokoh-tokoh Islam.
Panduan asas menjawab soalan Subjektif (Kertas 1 : Bahagian B & Kertas 2)
- Menggunakan ‘point system’ kecuali soalan pengertian. Jangan sesekali menulis jaw. dlm bentuk esei.
- Jawab sekurang-kurangnya 2 kali ganda jumlah jawapan daripada yang dikehendaki soalan.
- Jawapan KBKK : mestilah lebih daripada 4 patah perkataan.
- Hendaklah selang 1 baris jawapan dengan jawapan soalan berikutnya.
- Mulakan jawapan setiap soalan baru di muka surat baru.
Panduan asas tumpuan soalan bagi Kertas 2
- Baca dan hafaz ayat hafazan : ingat !!! 3 ayat terdapat dalam soalan daripada 6 jumlah ayat hafazan.
- Baca dan buat latihan semua tajuk ayat kefahaman: ingat !!! 5 ayat terdapat dlm soalan drpd 13 tajuk.
- Baca dan buat latihan semua tajuk hadis: ingat !!! 3 hadis terdapat dlm soalan drpd 4 tajuk.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]