Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum 2018
Kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah.
Di peringkat sekolah, aktiviti kokurikulum terbahagi kepada 3 iaitu sukan permainan, persatuan dan kelab dan pasukan unit beruniform atau pakaian seragam
Menurut Md. Aris Mansor dalam Ab. Alim Abd. Rahim (2004), aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerakerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan Menurut Ee Ah Meng (1995) pula, kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang.
Kokurikulum ini memberikan kesan yang baik dan beberapa impak kepada murid dan pelajar. Antara impaknya adalah seperti Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional di kalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar, Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal, Menyemai nilai pendidikan dan menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
Selain itu, kokurikulum juga dapat Menyumbang usaha membina masyarakat Malaysia, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan, Mewujudkan keseimbangan perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial (JERIS), Mengisi masa lapang dengan berfaedah, Mengamalkan dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang diperoleh semasa belajar dalam bilik darjah dan Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal dalam bilik darjah.
Perkongsian kali ini melibatkan bahan bahan kokurikulum 2018 yang berkaitan dengan kokurikulum yang perlu disediakan oleh guru seperti bahan bahan untuk dimasukkan ke dalam fail guru penasihat (bahan ini diberikan oleh pihak Jemaah Nazir), modul modul latihan sukan dan permainan (panduan kepada guru untuk melatih murid dalam sukan), panduan skpmg2 standard 3.2, dan pelbagai lagi.
Berikut merupakan bahan berkaitan dengan kokurikulum bagi tahun 2018 ini.
Buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah rendah dan menengah
Evidens skpmg2 3.2 Pengurusan kokurikulum
Contoh perancangan strategic kokurikulum
Senarai semak fail kokurikulum (guru penasihat)
Bahan lengkap fail kokurikulum 2018
Modul latihan sukan dan permainan sekolah rendah menengah
Minit mesyuarat kokurikulum sekolah
Koleksi rancangan aktiviti kelab dan persatuan
Pelan strategic unit beruniform
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com