Latihan Pendidikan Moral Tingkatan 5
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Encik Zulkarnaian telah menderma darah sebanyak 50 kali. Beliau telah diberikan penghargaan oleh pihak hospital atas jasa beliau. Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh Encik Zulkarnain. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan huraian atau contoh yang sesuai.
Angkara terpijak kasut dan salah faham,dua orang murid tingkatan tiga cedera di bibir,kepala dan tangan setelah dibelasah oleh 10 orang rakan sekolahnya.Kejadian ini berlaku di dalam tandas sekolah pada waktu rehat. Huraikan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar yang membelasah pelajar lain. (6 markah)
Berikut merupakan pelbagai koleksi bahan persediaan Pendidikan Moral SPM
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]