Modul Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan antara mata pelajaran yang penting dan merupakan mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar yang menduduki peperiksaan SPM.
Isu kenaikan harga barangan heboh diperkatakan sehingga membimbangkan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kenaikan harga barangan ini berpunca daripada permintaan yang melebihi penawaran. Oleh itu, para pengguna disarankan supaya membeli barang-barang yang diperlukan sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan harian.
Kenaikan harga barangan telah memberikan suatu tekanan kewangan yang serius kepada sebahagian besar pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu menyusun strategi perbelanjaan harian termasuk belanja dapur untuk meredakan tekanan kewangan mereka. Pengguna pada mulanya akan terasa perit kerana banyak barangan terpaksa dilupakan berbanding semasa hidup senang. Sebagai pengguna, kita juga perlu mengubah cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskannya dengan bijaksana.
Berikut merupakan Modul Cemerlang Bahasa Melayu SPM Kertas 2
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]