Modul Cemerlang UPSR Bahasa Melayu Pemahaman
UPSR semakin hampir. Tinggal beberapa bulan lagi UPSR yang merupakan salah satu komponen PPSR perlu dilalui oleh setiap murid. Mahupun UPSR hanyalah 1 daripada 4 komponen PPSR, kepentingan untuk mendapat pencapaian yang baik UPSR tetap tidak boleh diabaikan.
Perkongsian kali ini adalah melibatkan modul cemerlang Bahasa Melayu UPSR. Modul ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian 1 dan bahagian 2. Bahagian 1 melibatkan fokus pada Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian B iaitu soalan berbentuk subjektif manakala bahagian 2 melibatkan Bahasa Melayu Penulisan. Modul ini mengandungi 80 lebih muka surat yang boleh dijadikan modul ulangkaji untuk murid.
Antara beberapa contoh soalan yang boleh dibuat dalam modul ini adalah seperti…
Sisa buangan dari rumah dan ladang yang tidak digunakan lagi boleh diproses semula. Sisa buangan (1)___________________________ telah diproses ini amat bermanfaat kepada manusia dan alam sekitar. Sisa buangan (2)___________________________ rumah boleh menghasilkan baja organik. Baja ini amat bermanfaat (3)___________________________ menyuburkan tanah (4)___________________________ tumbuhan. Sisa buangan mempunyai nilai yang tinggi jika diurus (5)___________________________ baik. Sisa buangan yang bermanfaat ini juga dapat meningkatkan pendapatan serta pelestarian alam.
SHAH ALAM, 19 Oktober 2015 – Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus ‘Rapid KL’ hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuk laluan keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen Dua, Shah Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.
“Bagi laluan U64 ini, kami memperuntukkan empat buah bas dua tingkat kerana jumlah pengguna di sini mencatat hampir 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan meningkat kepada 6,000 orang penumpang pada hari cuti,” kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi
Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh ‘Rapid KL’ melalui perkhidmatan bas dua tingkat yang bermula pada 19 Oktober 2015. Mengapakah perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ tidak dapat disediakan bagi kesemua laluan yang meliputi Shah Alam dan Kuala Lumpur?
Berikut merupakan perkongsian modul bahasa melayu upsr format terkini bagi soalan pemahaman dan penulisan.
Modul Cemerlang Bahasa Melayu UPSR Pemahaman Penulisan
Bagi rakan guru atau ibu bapa yang ingin mendapatkan pelbagai lagi bahan persediaan berkaitan UPSR, boleh pilih dan dapatkan di sini
Koleksi Bahan Persediaan Bahasa Melayu UPSR
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com