Nota gemilang sejarah
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
CARA PENYEBARAN ISLAM PERDAGANGAN – pedagang berdakwah dengan berhemah dan lemah lembut.Kebanyakan pedagang islam amanah dan mereka telah dilantik menjadi syahbandar utk tadbir pelabuhan PERKAHWINAN – menerusi perkahwinan siasah iaitu perkahwinan diraja cth sultan Melaka kahwinkan puteri mereka dengan Raja siak, Kampar, inderagiri Jambi , Kedah dan Pahang., Secara automatik Raja negeri tadi memeluk islam.Perkahwinan biasa antara pedagang dan ulama islam dengan rakyat tempatan
PENGISLAMAN RAJA DAN BANGSAWAN-contoh apabila raja peluk islam rakyat automatik memeluk islam spt di Melaka pengislaman Megat Iskandar syah diikuti oleh pembesar dan rakyat. Di Pasai pengislaman Raja Malik Al salih telah didikuti rakyaat jelata. KELAHIRAN KERAJAAN ISLAM –cth Perlak, Samudera Pasai, Acheh, demak mataram, sulu-mereka meluaskan islam menerusi penguasaan kawasan baru
Cth lain peranan Tun perak,Kerajaan Johor riau-cuba kuasai Melaka utk elak Melaka jadi pusat Kristian di bawah Portugis Kerajaan Demak-sebar islam ke seluruh tanah jawa Acheh-menakluki negeri Melayu agar kerajaan Kristian tidak dapat berkembang
Berikut merupakan Nota gemilang sejarah SPM.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]