Nota Pendidikan Moral SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Alam sekitar dan penghuninya merupakan kurniaan Tuhan yang amat istimewa dan tidak ternilai. Oleh itu, Tuhan telah mencipta manusia untuk:
Menjaga alam dan penghuninya dengan baik Supaya tidak berlaku sebarang kerosakan di muka bumi ini. Menguruskan penghuninya dengan baik
Hidup berbaik-baik, sayang-menyayangi dan bantu-membantu sesama insan. Membesarkan anak-anak mereka dalam persekitaran yang harmoni dan bahagia. Memberi kasih sayang, perhatian, mengambil berat dan meluangkan masa utk anak-anak Memahami perasaan anak-anak, berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka.
Manusia telah gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh Tuhan:
Pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, penganiayaan isteri, penderaan pembantu rumah Adik-beradik bergaduh, jiran tetangga bermusuh, kawan berdendam Penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sanggup menindas antara satu sama lain untuk kepentingan sendiri Kehilangan sifat kasih sayang sesama insan. Harapkan pagar, pagar makan padi Manusia menjadi tamak dan haloba sehingga sanggup bertindak di luar batas kemanusaan Menindas manusia lain untuk kepentingan diri sendiri
Gas-gas rumah hijau terdiri daripada gas nitrus oksida, metana, klorofluorokarbon(CFC) dan karbon dioksida: gas-gas rumah hijau menghalang pantulan cahaya matahari menyerap dan memerangkap haba matahari meningkatkan suhu bumi
Sifat manusia yang mencemarkan dunia:
Membuang sisa toksik ke dalam sungai-sungai Memusnahkan hidupan akuatik yang menjadi sumber makanan manusia. Menjejaskan kesihatan manusia dengan menghidapi pelbagai penyakit Memburu haiwan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk mengaut keuntungan Menjadikan haiwan sebagai bahan uji kaji
Berikut merupakan Nota Pendidikan Moral SPM
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]