Panduan Menjawab Soalan Esei Sejarah
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Sumber rujukan
- Buku teks (DBP) sebagai rujukan utama.
- Pelajar harus menelitikan buku teks semasa mengulangkaji dan menjawab soalan.
- Bahagian-bahagian esei yang tidak diperlukan
- Pendahuluan / pengenalan / kesimpulan kerana tiada markah akan diperuntukkan.
- Bentuk jawapan
- Semua jawapan kepada soalan esei Bahagian B Kertas 2 hendaklah di jawab dalam bentuk karangan.
- Bentuk ayat
- Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami.
- Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.
- Huraian isi / fakta
- Bilangan isi/ fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikesan dari jumlah markah yang diperuntukkan.
- Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk kepada pengagihan masa dan markah.
- Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan
- Adakan beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak dihuraikan
- Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan sertakan contoh-contoh yang sesuai.(misalnya tokoh, tempat, peristiwa dll).
- Berikan sekurang-kurangnya 2 contoh dalam huraian (di mana berkaitan)
- Skrip yang baik
- Mengikut format pentaksiran SPM
- Tulisan yang jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa
- Menjawap mengikut kehendak soalan.
- Tidak perlu pendahuluan atau kesimpulan.
- Isi/fakta dihuraikan dengan jelas.
- Jawapan tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas
Berikut merupakan Panduan Menjawab Soalan Esei Sejarah
Panduan Menjawab Esei SPM Sejarah
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]