Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
Sekarang ibubapa dan penjaga dapat memeriksa markah murid-murid di sekolah secara atas talian. Ini dapat membantu ibubapa memantau perkembangan anak-anak di sekolah tanpa perlu dijemput terlebih dahulu untuk ke sekolah.
Antara langkah bagi memeriksa markah anak dalam peperiksaan adalah seperti
Semakan SAPS Ibubapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:
Klik link di sebelah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa . Link: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Selepas itu, pilih negeri. Jika anak bersekolah di Terengganu, pilih negeri terengganu dan seterusnya klik cari di sini pada ruangan nama sekolah. Taip nama sekolah dan pilih sekolah anak anda.
Kemudian, keluar paparan nama anak anda. Dan pilih tahun peperiksaan dan jenis peperiksaan yang ingin disemak oleh ibubapa.
Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]