Pendidikan Islam Tingkatan 5
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Perintah Allah Dalam Surah at-Taubah Ayat 6 : Orang Islam wajib memberikan perlindungan atau bantuan kepada orang bukan Islam yang meminta bantuan. Dalam tempoh tersebut, umat Islam perlu memberikan layanan yang baik dan menjelaskan tentang Islam sekiranya diminta. Di samping perlindungan, mereka juga perlu ditempatkan di tempat yang aman dan selamat
Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam. Suapaya mereka dapat melihat keindahan ajaran Islam. Umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada umat lain. Menjadi medium untuk menyebarkan Islam kepada mereka.
Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk: Mengamalkan akhlak mulia/yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan.. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat. Menggunakan teknologi modern dalam menyampaikan dakwah, contohnya media elektronik dan media cetak untuk menyempaikan mesej dakwah. Mengadakan sesi perbincangan dengan baik untuk menjelaskan tentang ajaran Islam yang sebenar.
Berikut merupakan Pendidikan Islam Tingkatan 5
Nota Pendidikan Islam SPM Tingkatan 5
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]