Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 Kemahiran Hidup Pertanian 2018
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
Mahupun begitu, PT3 juga masih memerlukan murid menjawab soalan dalam bentuk bertulis.
Rajah A menunjukkan kotak semaian yang baru dibina manakala, Rajah B menunjukkan semaian keratan batang dalam kotak semaian yang sama. Selepas tiga minggu disemai didapati keratan batang itu tidak bercambah walaupun penjagaan dilakukan dengan baik.
Nyatakan tiga kemungkinan mengapa keratan batang itu tidak bercambah. menyelesaikan masalah itu.
Rajah berikut menunjukkan dua jenis gergaji yang digunakan pada untuk membuat tanggam parit pada bongkah. Terangkan tiga alasan pemilihan jawapan anda di (i) dengan membuat perbandingan antara kedua-dua jenis gergaji itu.
Nyatakan satu jenis gergaji untuk membuat bentuk bulatan pada projek kayu kamu itu. Nyatakan lima langkah menggunakan mesin jahit sebelum menjalankan kerja menjahit mesin jahit itu.
Berikut merupakan Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 Kemahiran Hidup Pertanian 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com