Percubaan SPM Bahasa Melayu Kolej Vokasional 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja cemerlang dan sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan oleh remaja terhadap negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada masa ini, ibu bapa sangat menekankan aspek kecemerlangan anak-anak. Mereka melakukan pelbagai usaha agar anak-anak menjadi cemerlang. Namun demikian, ukuran kecemerlangan dan kualiti remaja pada hari ini tidak semata-mata berpusat pada kecemerlangan akademik tetapi aspek pembangunan sahsiah dan keterampilan juga perlu diberikan tumpuan.
Sejarah membuktikan bahawa kecemerlangan individu bergantung pada kecekalan diri sendiri. Misalnya, di Malaysia terdapat beberapa orang tokoh perniagaan yang bermula dari bawah dan akhirnya berjaya. Mereka dapat melakukannya kerana mereka merupakan individu yang mempunyai kecekalan diri yang tinggi sejak zaman remaja dalam menghadapi halangan dan cabaran.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kolej Vokasional 2018
Percubaan SPM BM K Vokasional 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]