Percubaan SPM Bahasa Melayu Pahang 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Amalan menjaga kebersihan diri sangat penting kepada remaja. Remaja akan menjadi lebih yakin dan kesihatan diri lebih terjaga. Sebagai remaja contoh, anda diminta menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar baharu di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah “Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri.”Tuliskan ceramah anda selengkapnya.
Kehidupan generasi muda kini yang lebih mengutamakan kemewahan hidup menyebabkan mereka memandang rendah terhadap kepentingan semangat patriotisme. Bincangkan cara-cara berkesan menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
Pengangkutan awam di Malaysia diperhebat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Jelaskan kebaikan-kebaikan pengangkutan awam kepada masyarakat dan negara. Pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat. Jelaskan kesan kemusnahan alam sekitar kepada masyarakat global.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Pahang 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]