Percubaan SPM Bahasa Melayu Perlis 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Perkongsian kali ini melibatkan kertas kertas soalan percubaan SPM 2018 daripada pelbagai negeri dan sekolah menengah di Malaysia. Perkongsian ini akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memudahkan guru dan calon SPM membuat latihan ulangkaji.
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang adab murid kepada guru. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Berdasarkan rangkap sajak di atas, perjuangan nenek moyang sejak dahulu untuk mempertahankan negara dibina hasil perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu, perpaduan hendaklah dikekalkan demi kepentingan generasi akan datang. Jelaskan peranan masyarakat untuk mencapai hasrat tersebut. Kerjasama antara negara di dunia menjalinkan hubungan diplomatik, mengukuhkan ekonomi dan meluaskan jaringan pendidikan. Bincangkan. Anda ingin menulis sebuah cerita yang bertemakan ‘Malaysia Boleh’ untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis cerita tersebut selengkapnya.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Perlis 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]