Percubaan SPM Bahasa Melayu Sabah 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji. Amalan membaca haruslah dipupuk kepada generasi muda untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan. Tuliskan satu rencana tentang peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak.
Terdapat banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancongtempatan ataupun pelancong asing Huraikan kepentingan-kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara. Kemasukan pelajar asing ke negara ini telah menjadikan Malaysia sebagai hab Pendidikan yang tersohor pada peringkat global. Huraikan faktor-faktor yang menarik minat pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pelajaran negara ini berbanding dengan negara-negara lain.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Sabah 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]