Percubaan SPM Bahasa Melayu Sarawak 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan berterusan daripada pelbagai pihak supaya mereka turut memberi sumbangan berkesan kepada negara. Sebagai seorang pelajar, apakah peranan yang dapat anda mainkan untuk membantu atau menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?
Ibu bapa memainkan peranan yang penting agar anak-anak mereka dapat menghayati seni kata lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Huraikan langkah-langkah yang dapat digunakan oleh ibu bapa untuk tujuan tersebut.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Jelaskan kesan-kesan globalisasi budaya terhadap masyarakat dan negara serantau.
Bersempena dengan Minggu Bahasa di sekolah, anda telah bercadang menyertai pertandingan menulis cerpen yang diadakan. Tajuk cerpen ialah ‘Yang lama dikelek yang baharu didukung” Tulis cerpen anda sepenuhnya.
Berikut merupakan Percubaan SPM Bahasa Melayu Sarawak 2018
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]