Percubaan SPM Matematik Kelantan 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Soalan percubaan SPM dari negeri Kelantan juga merupakan soalan yang popular di kalangan guru guru SPM. Bolehlah soalan percubaan spm kelantan ini diberikan kepada pelajar pelajar dan calon spm.
Warung Pak Din menjual mi bandung pada harga RM 5 semangkuk dan laksa pada harga RM 4.5 semangkuk. Pada hari Isnin, Pak Din menjual 176 mangkuk mi bandung dan laksa. Jumlah jualan yang diperolehi bagi hari Isnin ialah RM852. Hitung bilangan mangkuk mi bandung dan laksa yang telah dijual.
Umur Razief, q tahun adalah 10 tahun lebih dari adiknya, Rafieq. Hasil darab umur mereka ialah 56. Bentukkan persamaan kuadaratik berdasarkan maklumat tersebut. Seterusnya hitung umur adiknya, Rafieq. Suri dan Suzie mewakili persatuan masing-masing untuk pertandingan kuiz Matematik sempena minggu Matematik peringkat sekolah. Jadual menunjukkan bilangan jawapan yang betul dan bilangan soalan bonus yang di jawap dengan betul oleh mereka.
Dua orang pengawas perpustakaan dipilih untuk bertugas setiap hari. Mereka dipilih daripada satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.
Berikut merupakan Percubaan SPM Matematik Kelantan 2018
Trial SPM Matematik Kelantan K1
Trial SPM Matematik Kelantan K2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]